Sunday, 5 June 2016

RAMADHAN

Bismillahirrahmannirahim
Assalamualaikum w.b.t 
💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐
Ramadhan sudah tiba,
Jiwa dan raga sudah siap siaga,
Demi menempuh ujian dibulan mulia,
Semoga amal ibadat juga berlipat  kali ganda.
💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐
Sempena kehadiran bulan mulia Ramadhan al-Mubarak Inshaa Allah yang akan bermula maghrib ini, saya Nur Safriani Bt Yunus @ saf ingin memohon seribu kemaafan andai diri ini ada terkasar bahasa, terguris mana-mana hati, atau mana-mana perilaku diri ini yang menyakitkan hati saudari.
Moga Ramadhan kali ini memberi seribu satu makna untuk difahami disamping amal ibadat yang perlu ditingkatkan hari demi hari..
💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐
Marhaban Ya Ramadhan 💕
Marhaban Ya Ramadhan 💕
Marhaban Ya Ramadhan 💕

Saturday, 4 June 2016

NOKTAH


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Noktah bermaksud sebuah penamat. Kalau sebuah novel noktah tu bermaksud penamat sebuah cerita. Tidak siapa suka sebuah noktah kerana kebanyakkan noktah akan berakhir dengan kesedihan. Contohnya kehidupan kita sebagai manusia, kematian merupakan noktah buat diri kita. Dan kerana noktah, kesedihan bakal menyelubungi seluruh ahli keluarga.

Tetapi, percayalah noktah itu juga ada hikmahnya. Sebalik sebuah noktah terdapat seribu satu kenangan yang tersimpan rapi. Biarkan kenangan itu yang menjadi peneman buat meneruskan hari-hari. Noktah itu juga menandakan kita perlu kembali mula pada petak mula.
Andai permulaan sebelum ni tidak dirancang rapi, maka rancanganlah permulaan kali ini dengan sebaik-baiknya. Agar noktah kali ini memberi memori terindah buat diri dan noktah sebelum ini menjadi kenangan atas kesilapan diri.

Monday, 30 May 2016

IBU AYAH

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Kejayaan.. ramai diantara kita yang menginginkan kejayaan.. kerana kejayaan ini adalah hadiah yang terbesar bagi ibu bapa kita.. mana tidaknya, mereka membanting tulang siang dan malam demi menyara sebuah keluarga, memberi pendidikan kepada anak-anak, mengajar erti sebuah kehidupan yang sebenar yang tidak akan diperoleh dari mana-mana buku yang dijual dipasaran.

Dalam kesibukkan kita seharian, kadang-kadang terlepas pandang untuk menelefon ibu dan ayah di kampung halaman.. si ibu dan si ayah pula tidak menelefon anak-anak takut mereka terganggu dengan pelajaran..  si ibu dan si ayah menanggung kerinduan terhadaap anak-anak yang jauh daripada mata mereka. Dahulu, makan bersuap dengan tangan si ibu, pergi ke sekolah memeluk belakang ayah.. Kini, semua berubah…Tetapi ingatlah, kejayaan itu hadir daripada doa ibu bapa kita.. jika dibandingkan dengan usaha kita, maka kejayaan itu mungkin tidak berpihak pada kita.. hanya doa ibu bapa yang tidak ada hijab antara langit dan bumi.


Wallahua’lam…

Wednesday, 25 May 2016

SESAL

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.

Pepatah melayu ada mengatakan
"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna" yang membawa maksud sebelum melakukan sesuatu perkara fikir dulu, jangan main terjah je karang menyesal tak sudah-sudah.

Contoh situasi yang paling dekat buat masa sekarang adalah study.Study untuk final exam. Sesetengah orang akan cakap 'rilek la, awal lagi' 'ada lagi 2 minggu la before exam, chill' 'hmmm...exam...nanti nanti la aku study'

Maka, dia pun ber-huhahuha sampai la hari exam...malam exam tu baru nak cari nota kuliah, soalan tutorial, cari kuliah-mate ganggu orang lain tengah study.

Dalam dewan peperiksaan, masuk dengan gopoh-gapah, tertinggal pensil la, pemadam la, pen habis dakwat la...susahkan orang kiri kanan depan belakang mintak pinjam diaorg pun stationery.Kalau kiri kanan depan belakang orang baik xpe, sekali dapat yang kedekut, tak ke menangis kat situ jugak.

Ni belum lagi bukak soalan exam, bukak soalan exam xtau nak buat apa.Nak salahkan siapa? Lecturer? pembuat soalan? hidup tak habis-habis nak salahkan orang lain.Semua salah hang sendiri orang lain tak salah langsung. Lain kali esok exam lusa baru study..

Tiba la hari pengumaman keputusan exam, orang lain dok melompat-lompat ada yang nangis sebab teruja dengan result masing-masing.Kau mampu buat apa? Tumpang kejayaan orang lain?Sampai bila bro? sampai bila sis? takkan 6 sem kat uni tak nak jd dean list student even sekali kan?Tapi untuk sem ni kau kandas.Sesal tengok result takda guna. Yang penting bangkit dan capai target dean list next sem.Kau boleh sebenarnya cuma kene usaha lebih sikit je.



Monday, 23 May 2016

UJIAN

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Harini ada seorang sahabat menceritakan dia dikecewakan oelh seorang sang adam..tapi semua ni ada hikmahnya..tak perlu nk judge orang kapel masuk neraka sbb hang yang tak kapel pun tiada tiket nak masuk syurga..
Allah nak uji dia..awat hang nk kecoh2 bash dia..dia manusia jugak kot..hang xrasa sakit dia jgn bash dia..

Harini,
Aku dikecewakan oleh seorang insan,
Aku sedih, aku sakit,
Aku bercerita pada sahabat,
Tapi mereka hanya mampu berkata,
Sabarlah, ini sebuah dugaan..
Engkau tidak merasa apa yang ku rasa,
Engkau tidak merasa betapa sakitnya hati ini,
Engkau hanya mampu berkata-kata..
Tapi aku percaya,
Allah mengerti perasaan ini,
Allah tahu aku qawiy menghadapi semua ini,
Aku yakin, Aku yakin dengan Allah,
Allah sedang mengajarkan aku erti cinta yang sejati,
Aku tidak perlu sedih,
Aku perlu bangkit,
Aku akan buktikan,
Bahawa cinta Allah hebat tiada tandingan, 
Engkau hanyalah picisan dugaan yang Allah hantarkan padaku..
Kelak nanti,
Aku percaya,
Hanya yang berhak mendapatkanku akan memilikiku..

Qawiy sayang..Allah with you
No matter how hard for you to cure this feeling..He always stay besides you..

PELUANG

Bismillahirrahmannirahim

Assalamualaikum w.b.t

“ Ini peluang last aku bagi kat kau..Kalau lepas ni kau buat macam ni lagi, NO MORE CHANCE for you ”

Kadang-kadang lafaz tu senang-senang je kita bagi kat orang.Hmmm..

“Dah dia buat hal, aku bagi la gertakan tu pada dia”

Tapi, kenapa dengan gertakan? Kenapa tak cakap elok-elok je. Kan Rasulullah dah ajar.

“Malas la aku nak cakap dengan kau ni.Sikit-sikit Allah, sikit-sikit Rasulullah. Rasulullah tu sempurna janganlah bandingkan aku dengan baginda. Aku ni siapa je. Penduduk bumi pun tak kenal aku, apatah lagi penduduk kat atas sana.”

Kau bukan Rasulullah, tp kau umat Rasulullah (senyum). Kau khalifah kau pendakwah. Jadi bila orang buat hal dengan kau belajar untuk memaafkan.Besar ganjaran orang yang bersabar ni.

“Tapi aku bukan baik macam kau. Tapi aku akan usaha menjadi baik macam kau”

Aku tak layak dijadikan contoh mahupun ikutan sebab ada yang lebih baik daripada aku. Allah yang menutup aibku. Sekiranya engkau mengetahui aibku, engkau takkan mahu mendekatiku.


Dan akhirnya mereka bersama-sama menuju ke kafe untuk menikmati hidangan tengah hari.

Monday, 16 May 2016

EXPECTATION

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Expectation...hmm..expectation adalah pandangan kita terhadap orang lain.. tapi pandangan positif ke negatif ea?jom kita tengok huraian kat bawah..

Positive Expectation 
Positive expectation ni kita tengok orang dr perspektif yang baik..tapi semua ni ada kayu ukur dia..contohnya, sbb pakaian, sbb personaliti, sbb kawan dan sbgnya.. Sbb pakaian dia ikut syariat maka kita expect dia ni solehah la, budak-budak usrah la, calon syurga la padahal syurga tu bukan semudah dgn menjaga pakaian sahaja..

Negative Expectation
Negative expectation ni kita tengok orang dr perspektif yang buruk/ tak baik..macam positive expectation jugak..benda ni pun ada kayu ukur jugak..contohnya, nampak orang kapel terus judge ahli neraka...nampak pakai tudung singkat terus judge pendosa besar..padahal kita pun pahala xde la banyak mana..sbb tiap2 hari pahala kene tolak sebab dok mengumpat orang lain je..

Tapi satu je pesanan,
Jangan terlalu expect seseorang drpd fizikal,emosi, mahupun penampilan seseoarang individu..Kelak kita yang akan kecewa

PUTUS

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Putus harapan? Standard la manusia kan? Tetapi, sampai bila kita mengenang kisah hitam..duduk menyendiri mengenangkan harapan yang hilang..mungkin sikap manusia yang suka mengecewakan tetapi tidak Tuhan..

Sejauh manapun pun harapan yang engkau letakkan, Allah tidak pernah mengecewakan hambaNya yang disayang. Tapi, kadangkala Allah ingin menguji kecekalan hati seorang insan..sama ada terus bangkit mengorak impian atau terus duduk mengenangkan harapan yang tiada kesudahan..

Sudah..sudahlah
Kita perlu bangkit..usahlah dikenang yang lepas..kita perlu bangkit untuk orang dihadapan kita..bangkit untuk mak ayah..bangkit untuk sahabat..bangkit untuk orang sekeliling..

Percayalah..
Mereka adalah kekuatan kita...

Monday, 9 May 2016

BAGUS

Bismillahirrahmannirrahim..
Assalamualaikum w.b.t

B – Bangun
A – Awal
G – Gerak
U – Untuk
S – Solat

“Bangun!!! Bangun!! Bangun!!! Dah pukul berapa ni tak bangun solat subuh lagi” – Faris
“Jap la.. baru pukul 6.. Kejap lagi aku bangun la.. Solat subuh ada masa lama lagi kot.. – Zarif

Ni lah perangai anak muda sekarang… Selagi ayam tak berkokok selagi tu la tak bangun untuk subuh. Benda ni tak tertakluk untuk solat subuh je tapi untuk solat-solat lain jugak. Sebagai contoh solat maghrib. Orang muda sekarang kan sangat pentingkan kesihatan, tu yang petang-petang turun riadah. Islam juga amat menganjurkan umatnya untuk menjaga kesihatan tetapi jangan sampai riadah sampai maghrib. Kalau dah maghrib baru nak balik nanti nak bersihkan diri semua pukul berapa nak maghrib. Pukul 8 malam? Jangan sister jangan brother.. Persiapkanlah diri anda awal untuk solat.

Kalau hak Allah pun tak nak jaga, rasa-rasa ada tak manusia yang nak jaga hak kita? Muhasabah diri..
Wallahua’lam


CARUT

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Peribahasa melayu "Kerana mulut badan binasa". Orang dahulu kala apabila mengeluarkan suatu perumpaaan amat kene pada masa juga zaman lepas zaman mereka.

Contohnya, kerana mencarut badan binasa. Kenapa badan nak binasa pulak?

Let see..
Kita dok mencarut orang itu, jaja nama dia kat sini kat sana then orang tu pun disisih dengan org lain..Kita pun gembira bertepuk tangan bersuka ria lompat sana sini dok heboh satu kampung..

Then,
Tiba-tiba rahsia kita terbongkar then kita pun cuak time tu jugak la nak taubat semua..Nak cari tuan punya badan yg dah dicarut pun tak jumpa.. Last-last nama kita yang busuk sampai org lain pun tak nak dekat dengan kita..what goes around come around..

Sebab tu mulut kene jaga, jangan sampai kita masuk neraka sebab mulut je..Muhasabah diri balik..

Wallahua'lam

Friday, 29 April 2016

REZEKI

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.

Rezeki..
Kadang hadir tanpa diduga
Kadang hadir tanpa disangka,
Kadang hadir dengan bawa berita gembira,
Kadang hadir melengkapi yang tiada.

Sungguh,
Rezeki ini tiada yang tahu,
Rezeki ini tiada menyangka,
Tapi,,
Rezeki ini ketentuannya,
Apabila Dia berkata Kun Fayakun,
Maka jadilah ia.

Maka,
Ucapkanlah Alhamdulillah,
Sebagai tanda kita bersyukur dengan nikmatnya,
Jangan jadi sombong,
Jangan jadi bongkak,
Engkau hanyalah seorang hamba,
Yang langsung tiada kudrat,
Yang sepenuhnya bergantung harap pada Dia,
Tuhan yang Esa,
Lagi Maha Agung juga Maha Kaya.

Jangan sampai bila rezeki ditarik balik,
Baru nak taubat nasuha,
Tika itu,
Kau tidak punya apa-apa
Melainkan hanya mengharapkan belas kasihan Tuhan,
Dengan harapan,

Dia mengampunkanmu.

HAIWAN

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Topik minggu ini adalah haiwan. Dan semestinya aku memilih kucing. Tapi kenapa pilih kucing bukan binatang lain macam rama-rama ke sugar glider ke? Sebenarnya suka jugak dengan sugar Glider tapi masa undian  tak terkeluar pulak sugar glider ni. Semua ada hikmahnya.
Untuk aku, kucing ni seekor binatang yang sangat manja, caring, mengada-gada, suka  cari perhatian, ingin dibelai dan sebagainya. Kenapa aku berkata begini? Kerana di rumah aku ada seekor kucing yang diberi nama Gorge atau panggilan manjanya Joji. Seekor kucing jantan umur tak tau berapa umurnya  tapi dah agak tua. Tiap akan menjerit minta makanan sebab lapar sangat mungkin. Family aku tak benarkan Joji tidur malam kat rumah sebab klu dia tidur kat rumah mesti dia ni demand tahap apa pun tak tau. Jadi kalau siang kitaorg akan beri izin untuk dia tido  nak atas katil dengan selimut yang tebal dengan air-cond yang terbuka. Kadang-kadang dia tido pagi dan petang baru nak bangun. Malas betul. Bangun pun sekadar nak minum air then sambung tido balik.Joji..Joji..
Kalau nak cerita pasal Joji sampai esok pun tak habis. So nak tamatkan kisah ni dengan sebuah hadis daripada Rasulullah mengenai kisah seorang wanita yang menzalimi kucingnya:

Seorang wanita diseksa kerana mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerananya, kerana ketika mengurungnya dia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana dia tidak juga melepaskannya mencari makan dari serangga-serangga tanah.” (Sahih Muslim)

Jadi jangan mudah menzalimi binatang lain kerana mereka juga makhluk Allah yang ada hak di atas muka bumi.


Monday, 25 April 2016

JALAN

JALAN

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum w.b.t.

"Tunjukkilah kami jalan yang lurus"
QS 1:6

Setiap kali solat kita berdoa untuk sentiasa berada dijalan yang lurus.Tetapi kadang-kadang kita kandas disebabkan ujian yang hadir  dalam kehidupan.


Sekiranya,
Waktu aku telah tiba,
Maka,
Carilah penggantiku,
Aku izinkan,
Aku akan lebih tenang disana andai engkau ada yang lain menjagamu,
Jangan menangis,
Engkau memori terindah buatku,
Sekiranya rindukanku kirimlah Al-Fatihah dan Yaseen
Itu sudah memadai buatku,
Jangan meratapi pemergian diriku,
Berjanjilah, kita akan berjumpa di Taman Firdausi,
Relakanlah pemergian ini menghadap Ilahi,
Doakan diri ni mudah menjawab persoalan malaikat dialam itu nanti,
Jaga dirimu sahabat, jaga imanmu
Pemergian ini adalah ketentuan Ilahi bukan permintaan diri.

UJIAN

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t
*blog minggu ni bukan tazkirah mahupun khutbah tetapi perkongsian pengalaman..

UJIAN

Minggu yang penuh dengan ujian..

Esok (19/4/2016) ada lab test..tp malam tu ada meeting kolej pulak..klu meeting xjejak pukul 1 memang tak sah..nak tak nak redha jela sbb jadi pengarah kan..so malam tu dapat revise sikit je pasal Microsoft Excel dgn guna formula-formula yang ada..dengan harapan esok boleh jawab...

Keesokkan harinya, keluar bilik awal sikit  sbb nk pilih PC yang elok takut-takut nanti tgh buat lab test dia mati pulak..so masuk kls nak tak nak dapat la depan sekali..cuak kot ddk depan sekali..hahahahaha..

First sekali, cuak tgk formula BMI..macam mane ni?ambik keputusan buat yang lain dulu last2 baru buat BMI..time tu baru teringat sir cakap klu nk tgk nota ke goggle ke semua boleh asalkan jgn tanya orang sebelah (org sebelah xde pun)...so meng"goggle"lah kita untuk cari formula..

Sebenarnya 45 minit sebelum tamat lab test da siap dah pun..tp nak sent tiba2 failed pulak..then check balik satu2..rupa-rupanya Allah nk tunjuk ada yang salah copy paste mase nk Sort data..Alhamdulillah..Allah bukakan jalan time tu jugak..

Saturday, 16 April 2016

HIDUP

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Bercerita mengenai kehidupan semua orang mempunyai definisi tersendiri.Ada yang mengdefinisikan kehidupan sebagai satu putaran hidup ada juga yang memberi definisi kehidupan sebagai seorang musafir yang sedang mencari bekalan.

Hidup ini adakala kita diatas adakala kita dibawah.Kadang-kadang kita terlalu gembira berada diatas sehingga lupa yang kita terlebih dahulu berada diabawah. Sehinggakan dengan kedudukan tersebut kita dapat mencaci mereka yang dibawah. 

Jangan terlalu yakin apabila kita berada diatas kerana bila-bila sahaja Allah boleh meletakkan kita dibawah dengan kuasaNya.Apabila Allah berkata “Kun Fayakun” maka jadilah ia. Hidup ini hanya sementara, tidak perlu membongkak dengan apa yang ada. 

Andai kita berada dibawah, berusahalah untuk ubah kehidupan kita yang sekarang. Sampai bila kita hanya menyalahkan takdir atas ketentuan hidup ini. Sedangkan Allah ada berfirman yang bermaksud
“ Aku tidak mengubah nasib sesebuah kaum melainkan mereka mengubah dirinya sendiri” Surah Ar-Rad:11

Kadang-kala kita merasakan kehidupan ini terlalu sukar untuk dihadapi tetapi Allah telah memilih kita untuk menjalaninya.Maka, teruslah tabah menghadapi liku-liku kehidupan sehingga hembusan nafas yang terakhir.

Monday, 11 April 2016

CUTI

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum w.b.t

CUTI...YEAY!!!!

Saat-saat yang ditunggu oleh semua pelajar universiti untuk berehat seketika daripada  tugasan-tugasan fakulti mahupun program-program kolej.

Namun sayang, ramai tidak tahu memanfaatkan musim cuti mereka.Kerana cuti diisi dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat seperti menonton tv sepanjang hari, tidur separuh hari akhirnya satu hari dijalani tanpa memberi sebarang isi.

Ada sesetengah orang pulak cuti mid-sem tak balik sbb takut tak study kalau kat rumah..padahal semua tu bergantung kat kita..kalau niat kita balik nk study, Inshaa Allah dipermudahkan dan disebaliknya..

Selagi ada family, spend time together dgn mereka..especially parents..hati mereka semakin sensitif dengan peningkatan usia..kadang-kadang kita rasakan xde apa pun..tiba-tiba adik cakap "abang, mak kecik hati dgn abg"..kita pun pelik "knplah diaorg kecik hati" padahal tak balik cuti mid-sem pun..sebenarnya diaorg nk spend time dgn kita..lagi-lagi kalau sek menengah dah lepaskan kita masuk hostel..so time cuti ni la diaorg nak spend time dengan kita..

Lagi satu, bonding antara adik-beradik..lagi-lagi klu jarak dgn adik lebih 10 tahun..kita dah kat uni jarang balik and dia still kt sek rendah..kita pulak jarang balik kononnya nk focus study..bila balik je adik nak bermanja dgn kita tapi kita marah dia sbb kacau keje kita..he/she is ur siblings..layan diaorg elok-elok..sbb time susah nanti orang pertama kita akan cari diaorg bukan kawan..ingat..

Wallahualam..

Thursday, 7 April 2016

SOSIAL

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Bercakap pasal sosial mungkin dah bosan dengar..ataupun tajuk cliche nak buat topik..Sedangkan hari ni umat sangat jauh daripada nilai kehidupan sebagai seorang muslim/muslimah yang sebenar..

"Tapi kita sekarang ni hidup dalam zaman yang maju dan pesat kot..kenapa nak kolot sangat"

It's not about kolot..It about Allah rule..

Ya..zaman sekarang mmg kita perlu berkomunikasi dengan ajnabi(bkn mahram) untuk melaksanakan tugasan-tugasan harian seperti group discussion dan sebagainya..tapi, tak bermakna tiada limit yang kene patuhi..Ingat, pandangan tetap kene tunduk,niat kene jaga, akhlak kene pelihara..

Bukan boleh gelak ketawa besar2, dok tepuk tepuk bahu ajnabi walaupun berlapik still tak boleh ya dear..sekarang boleh la cakap, aku tak bernafsu pun kat dia..tp last2 couple..banyak dah tengok depan mata..sama ada kita nak ambik iktibar atau tak je..

Allah telah berfirman dalam Quran yang membawa maksud:
"Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada dibumi sebagai perhiasan baginya agar Kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik 9$9perbuatannya." Al-Kahf 18:7

DUNIA ni SEMENTARA je..
AKHIRAT yang KEKAL abadi..

AIR

Bismillahirrahmannirahim
Assalamualaikum w.b.t

Air..Air..Ohh Air..
UKM mula dilanda masalah air...Preparation??

Hmmm...semua orang dah start mengeluh termasuk diri ini..kene bangun awal daripada biasa semata-mata nak bersihkan diri dan lain-lain lagi.

Tapi,
Setiap yang berlaku ada hikmahnya...

So hikmah disebalik ketiadaan bekalan air adalah SYUKUR..

SYUKUR??apa kaitan??

Macam ni..Sebelum ni, air ada sepanjang masa senang cerita 24/7..So kita guna je macam biasa tanpa ingat pun nikmat kurniaan Allah ni.Kadang-kadang kita sengaja buka air paip besar walhal nak berwuduk je pun kononnya takut air tak sampai kat anggota wuduk.Padahal Allah dah pesan jangan membazir walaupun untuk berwuduk.

Tapi, sekarang masa tak ada air baru semua orang nak ingat Allah.Baru tau nak bersyukur nikmat air tu.Sebab tu ramai orang cakap, manusia ni tak reti bersyukur selagi benda tu ada depan mata.Bila takde depan mata baru nak mengeluh, baru nak bersyukur.

Sampai bila?Sampai bila kita nak macam ni?Bila Allah kirim ujian baru nak ingat Dia?
Takut-takut esok mati tak sempat nak bertaubat..Nanti bila ditanya siapa Tuhanmu kat Padang Masyar takut terkedu tak tau nak jawab apa.

Masih belum terlambat nak bertaubat.
Wallahualam..

Friday, 1 April 2016

AMANAH

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Hari ini kita berbicara mengenai AMANAH
Bila dah bagi nama untuk sesebuah program tolong bagi komitmen.Bila kalian bagi nama maksudnya kalian dah berjanji untuk pegang satu amanah.Berat sangat ke nak pegang amanah ni?Jom kita tengok hadis dibawah.

Dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,
"Tanda orang munafik itu ada tiga iaitu: Bila berkata ia berdusta, bila berjanji ia menyelisih dan bila dipercaya ia khianati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Nauzubillahiminzalik.. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang dimurkai ALLAH. Oleh itu, apabila ingin memberi nama untuk menjadi ahli jawatankuasa (AJK) dalam sesebuah organisasi mahupun menjadi urusetia program fikir 2/3 kali sebelum membuat keputusan. Jangan sampai ketua kita sendiri marah dengan sikap acuh tak acuh kita dalam nak menjayakan sesuatu program. Selain itu, semua ini juga bergantung kepada keupayaan individu itu sendiri.Kalau rasa mampu memberi komitmen kepada 2 program pada satu masa dipersilakan tetapi ingat, tidak semua orang mampu melakukannya. Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ialan TEGURAN. Serius talk, tak semua orang mampu menerima teguran daripada orang lain lagi-lagi orang yang tak dikenali. Tetapi ingat, teguran itu tidak lain dan bukan adalah untuk kita jugak. Sebab?Sebab dia nak kita perbetulkan kesalahan kita secara tidak langsung mengajar kita untuk jadi lebih baik daripada sebelumnya.

Wallahualam..

BUAH

DURIAN BELANDA

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum w.b.t


Tajuk diskusi kita minggu ini ialah mengenai sejenis buah yang dikenali sebagai durian belanda atau nama saintifiknya ialah Annona Muricata.Ramai diantara kita yang tidak perasan atau tidak tahu mengenai kelebihan durian belanda walaupun ramai telah berbicara mengenainya.

   Antara kelebihan mahupun keistimewaan durian belanda adalah dapat menyembuhkan penyakit kanser.Salah sebuah artikel  berbahasa Inggeris diterjemah dan mesej utama yang ingin disampaikan adalah "Ekstrak daripada pokok durian belanda membunuh sel-sel malignan (kanser) pada 12 jenis kanser termasuk kanser kolon, payudara, prostat, paru-paru dan pankreas. Sebatian-sebatian (kimia) dari pokok durian belanda terbukti 10,000 kali lebih berkuasa dalam memperlahankan sel-sel kanser berbanding Adriamycin iaitu ubatan kemoterapi yang biasa digunakan. Tambahan pula, tidak seperti kemoterapi, sebatian yang diekstrak daripada pokok graviola membunuh sel-sel kanser secara selektif iaitu ia tidak memusnahkan sel-sel sihat."


   Hal ini kerana, durian belanda mengandungi annonacin daripada pokok durian belanda berupaya membunuh sel-sel kanser. Setakat ini kajian tersebut hanya dijalankan secara tabung uji (vitro) dan pada tikus (vivo). Tiada sebarang ujian klinikal ke atas manusia dijalankan.Namun, di Malaysia sendiri telah banyak produk dikeluarkan berasaskan durian belanda bagi mencari solusi tradisional bagi menyembuhkan penyakit kanser yang saban hari menular dalam kalangan rakyat Malaysia.

   Selain daripada menyembuhkan penyakit kanser, rasa buahnya yang sedap juga menarik pengemarnya.Menurut artikel yang ditulis oleh laman web wikipedia durian belanda mempunyai rasa yang menarik dimana mempunyai kombinasi rasa strawberi, nenas, sedikit rasa masam daripada limau dan lemak seperti daripada santan dan pisang.

Wallahualam.....

p/s:sumber rujukan adalah melalui sinar harian dan wikipedia

Thursday, 24 March 2016

LEMAU


Disebabkan semua orang lemau dalam kelas minggu lepas makan, dapatla tajuk blog minggu ni LEMAU.Hmmm..nak taip pun lemau ni..Astagfirullah...

Back to the topic...

 LEMAU...

Langkah diatur satu tapak demi satu tapak,
Agar tidak terjatuh dek tersadung akar pokok yang berselirat,
Aku perlu terus melangkah untuk mencapai puncak yang hebat,
Bagi membuktikkan diri ini bukanlah mudah lemah semangat.

Dalam pada aku melangkah terus mara kehadapan,
Kadang-kala aku menoleh ke belakang,
Melihat seorang demi seorang sahabat masih lagi diberi kudrat untuk meneruskan,
Walaupun tercunggap-cunggap nafas cuba dilepaskan.

Pada mulanya,
Ia sekadar angan-angan yang mengisi kekosongan minda,
Namun, apabila diri yang ego sudah berjaya dipujuk oleh mereka,
Aku yang terlebih riang dan terus membuat persiapan berbanding mereka.

"Sikit saja lagi kita nak sampai puncak"
Jerit salah seorang daripada kami,
Aku semakin bersemangat untuk terus mengerah segala kudrat yang ada,
Puncak itu perlu aku tawan dengan apa saja cara sekalipum,
Aku boleh, Aku mampu monolog aku bersendirian

Allahamdulillah,
Akhirnya aku berjaya sampai ke puncak,
Melihat akan indahnya alam ciptaan Tuhan menjadikan aku syukur atas nikmat kurniaan,
Melihat akan besarnya hasil ciptaan Tuhan aku menjadikan hanyalah sekadar insan kerdil yang dilahirkan.

Namun kini,
Usiaku menginjak ke fasa baru dalam sebuah kehidupan,
Aku tidak lagi mampu menawan mana-mana puncak yang jadi bahan bualan,
Kerana aku,
Kerana aku,
Sudah mula lemah dan semakin lemah dan akhirnya aku LEMAU lalu lemas.

Wednesday, 23 March 2016

JAM

Bismillahirrahmanirrahim.....

Kalau kita bercakap pasal jam mesti sel-sel otak kita terus berhubung dan mengaitkannya dengan masa dan ketepatan.

  Semua orang sedar betapa pentingnya setiap saat, minit mahupun jam dalam kehiduapan seharian, tetapi tidak semua orang mengimplimentasikannya.Sebagai contoh, sebagai mahasiswa/i sedar kelas bermula pukul 8 pagi (tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati) dan sepatutnya perlu berada didalam kelas 10 minit sebelum aktivit pengajaran dan pembelajaran.Tapi, pukul 7.50 pagi baru nak gerak kelas??Memang tak sempat la nak sampai kelas on-time walapun kolej depan fakulti je pun.

  Kita sebagai mahasiswa/i kene ingat, keberkatan setiap ilmu yang diperolehi daripada seorang pendidik itu sangat penting.Apa guna dapat 4 flat setiap sem tapi lecturer tak pernah memberkati ilmunya.Mungkin sekarang xnampak lagi.Tengoklah masa kerja nanti..

  Kita boleh pegi sejauh mana yang kita nak..tapi ingat...setiap perjalanan tanpa keberkatan itu tiada nilai yang boleh dibanggakan.                                                      

Tuesday, 15 March 2016

PENAT

Jujur,
Aku penat,
Bila orang ambik kesempatan atas aku,
Tapi aku diamkan,
Sampai satu saat,
Aku sakit,
Aku menangis.

Ada yang berpesan,
Jangan jadi baik sangat,
Nanti orang senang memijak.

Tapi,
Aku sayang persahabatan kita,
Tapi bagi kau,
Aku hanyalah sekadar boneka,
Yang bila kau sedih pandai kau cari,
Bila kau senang kan campak sana sini.

Maaf,
Persahabatan kita hanya setakat ini,
Carilah mereka yang lebih baik daripada aku,
Yang katanya amat memahami dirimu daripada aku,
Yang katanya sanggup berkorban apa saja untukmu.

Aku ingin melihat,
Sejauh mana persahabatan itu engkau mampu bawa,
Andai sikapmu yang terus menyakiti mana-mana jiwa,
Kita sama-sama lihat dimana pengakhirannya.



PASRAH



Ok..minggu ni dapat tajuk PASRAH…hmmm..firstly, pasrah tu ape ea? Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pasrah bermaksud menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.Contoh yang paling dekat dengan kita sebagai student adalah pasrah bila dah berjaya jawab semua paper exam.

                Tapi, konsep tu kita salah guna.Yeke??Kalau tak percaya cuba cermin diri balik.Mase dapat result exam yang tak elok kita redha ke kurung dalam bilik menangis??Hmmm..mesti yang kedua tu kan??

                Sebab tu kita kene betul-betul faham pasrah ni.Pasrah is bila kita dah usaha sehabis mungkin, pulun tiap-tiap hari study tapi jangan sampai ibadah sebab ianya tetap priority utama.Then, bila masuk dewan peperiksaan jawab dengan sebaik mungkin dan sentiasa meminta pertolongan Allah seandainya tengah-tengah exam tiba-tiba blur tak tahu yang nak ditulis.Last but not least, apa pun result yang kita dapat nanti, redha sebab Allah bagi apa yang kita patut dapat bukan apa yang kita nak.Ingat, buat apa dapat markah setinggi gunung andai akhlak serendah tanah.


                So, pasrah je dengan setiap apa yang Allah telah rencanakan.

Tuesday, 8 March 2016

JATUH



                      Gedebukkk aku jatuh….Jatuh depan orang ramai pulak tu..malu weiii!!!
                     
                      Itu perjalanan hidup manusia.Kadang-kadang kita jatuh kadang-kadang kita bangkit.Kadang-kadang kita kat atas kadang-kadang kita kat bawah..Banyaknya lahai kadang-kadang. Tapi itulah hakikat dan lumrah sebuah kehidupan.Tiada siapa yang menginginkannya tetapi itulah kekuasaan Yang Maha Esa.

                      Ramai orang yang mengeluh apabila diberi ujian mahupun dugaan.Tapi sedikit sekali yang mengambil hikmah atas dugaan yang diberikan.Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah 2:155 “Wahai orang-orang yang bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu itu”.

                      Maka, tanamlah sifat kesabaran yang tinggi itu dalam diri agar memperolehi redha Ilahi.Sebaik-baik manusia adalah manusia yang sabar ketika diuji dan diam ketika marah.
                     


LESU

Lesu...Lesu...Lesu

  Itulah 'zikir' pelajar.Masuk kelas je tak bermaya.Katanya penat semalam masih berbaki.Hmmm..tapi tengok student lain boleh je "active" dalam kelas.Malah, apabila disoal oleh lecturer mampu menjawab dengan baik setiap persoalan yang diajukan.Jadi kat mana salah kita ni yang selalu lesu dalam kelas? Semua orang diberikan sehari semalam 24 jam..24 jam yang sama, tak lebih mahupun kurang walaupun seminit.

  Jadi, salah kita adalah pada pengurusan masa.Kebanyakkan daripada pelajar tidak ada jadual waktu yang kondusif untuk diikuti.Sesetengah pelajar terlalu memfokuskan terhadap pelajaran sehingga tiada waktu untuk beriadah.Oleh itu, otak terlalu penat untuk menghadam segala ilmu dan badan terlalu letih dengan aktiviti seharian yang bermula seawal 6.00 pagi sehingga lewat malam.Pelajar seharusnya memperuntukkan waktu untuk menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga mahupun sahabat handai.Tanpanya, lahirlah pelajar yang hanya mempunyai ilmu tapi tidak mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik.

  Konklusinya, jadilah pelajar yang bijak membahagikan waktu untuk belajar dan beriadah agar kita  mampu menjadi mahasiswa mahasiswi yang seimbang dari segi rohani,intelek, jasmani mahupun emosi.

Wednesday, 2 March 2016

HADIAH

Bagi setiap orang HADIAH itu mempunyai definisi yang tersendiri.Bagi aku, hadiah itu apa sahaja yang diberikan oleh seseorang tanpa mengira apa sahaja nilai barang tersebut.Bagi sesetengah orang nilai hadiah tersebut memainkan peranan.Sebagai contoh, lebih mahal hadiah tersebut maka ianya akan lebih dihargai dan dijaga dengan baik.

                      Jika ditanya jumlah hadiah yang aku pernah perolehi, adalah , tidak banyak tapi aku bersyukur dapat hadiah daripada sahabat yang aku kenali sama ada di laman sosial mahupun mereka mengenali diriku dan tidak terkecuali daripada ibu bapa.Alhamdulillah.Tapi, aku lebih suka jika ada sahabat memberi hadiah kepadaku tanpa wujud figura itu iaitu menDOAkan dalam aku tidak mengetahuinya.Mereka ini sentiasa mendoakan kejayaanku didunia juga akhirat dan juga yang setia menyelitkan namaku dalam doa mereka.Mudah-mudahan.

AKU

Aku bukanlah seperti orang lain yang mana dibelai dengan penuh kasih sayang juga kekayaan yang tidak habis tujuh keturunan.Tapi, aku hanyalah seorang anak kampung yang dilahirkan dalam keluarga yang cukup sederhana.Makan dan pakai apa yang ada.Ayahku pula seorang yang tegas bertentangan dengan ibuku yang amat penyayang.

                       Di sekolah pula, aku berada dikelas pertama bersama-sama sahabat yang lain. Tapi aku disisihkan kerana aku miskin dan hanya beberapa orang yang setia berkawan denganku.Tahun ini amat penting buatku kerana bakal menghadapi UPSR yang tinggal hanya beberapa bulan lagi.Teringat pesanan guru kesayanganku “Kita akan dipandang hina bukan kerana miskin tetapi kerana tiada ILMU”. Dengan semangat yang kental, aku akan buktikan aku mampu berjaya dengan cemerlang seperti orang lain.Inshaa-Allah.