Bagi setiap orang HADIAH itu
mempunyai definisi yang tersendiri.Bagi aku, hadiah itu apa sahaja yang
diberikan oleh seseorang tanpa mengira apa sahaja nilai barang tersebut.Bagi
sesetengah orang nilai hadiah tersebut memainkan peranan.Sebagai contoh, lebih
mahal hadiah tersebut maka ianya akan lebih dihargai dan dijaga dengan baik.
Jika
ditanya jumlah hadiah yang aku pernah perolehi, adalah , tidak banyak tapi aku
bersyukur dapat hadiah daripada sahabat yang aku kenali sama ada di laman
sosial mahupun mereka mengenali diriku dan tidak terkecuali daripada ibu bapa.Alhamdulillah.Tapi,
aku lebih suka jika ada sahabat memberi hadiah kepadaku tanpa wujud figura itu
iaitu menDOAkan dalam aku tidak mengetahuinya.Mereka ini sentiasa mendoakan
kejayaanku didunia juga akhirat dan juga yang setia menyelitkan namaku dalam
doa mereka.Mudah-mudahan.
No comments:
Post a Comment