Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Topik minggu ini adalah haiwan. Dan semestinya aku
memilih kucing. Tapi kenapa pilih kucing bukan binatang lain macam rama-rama ke
sugar glider ke? Sebenarnya suka jugak dengan sugar Glider tapi masa undian tak terkeluar pulak sugar glider ni. Semua ada
hikmahnya.
Untuk aku, kucing ni seekor binatang yang sangat
manja, caring, mengada-gada, suka cari
perhatian, ingin dibelai dan sebagainya. Kenapa aku berkata begini? Kerana di
rumah aku ada seekor kucing yang diberi nama Gorge atau panggilan manjanya
Joji. Seekor kucing jantan umur tak tau berapa umurnya tapi dah agak tua. Tiap akan menjerit minta
makanan sebab lapar sangat mungkin. Family aku tak benarkan Joji tidur malam
kat rumah sebab klu dia tidur kat rumah mesti dia ni demand tahap apa pun tak
tau. Jadi kalau siang kitaorg akan beri izin untuk dia tido nak atas katil dengan selimut yang tebal
dengan air-cond yang terbuka. Kadang-kadang dia tido pagi dan petang baru nak
bangun. Malas betul. Bangun pun sekadar nak minum air then sambung tido
balik.Joji..Joji..
Kalau nak cerita pasal Joji sampai esok pun tak habis.
So nak tamatkan kisah ni dengan sebuah hadis daripada Rasulullah mengenai kisah
seorang wanita yang menzalimi kucingnya:
Seorang wanita diseksa kerana
mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerananya,
kerana ketika mengurungnya dia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya
minum sebagaimana dia tidak juga melepaskannya mencari makan dari
serangga-serangga tanah.” (Sahih Muslim)
Jadi jangan mudah menzalimi binatang lain kerana mereka juga makhluk
Allah yang ada hak di atas muka bumi.
No comments:
Post a Comment