Lesu...Lesu...Lesu
Itulah 'zikir' pelajar.Masuk kelas je tak bermaya.Katanya penat semalam masih berbaki.Hmmm..tapi tengok student lain boleh je "active" dalam kelas.Malah, apabila disoal oleh lecturer mampu menjawab dengan baik setiap persoalan yang diajukan.Jadi kat mana salah kita ni yang selalu lesu dalam kelas? Semua orang diberikan sehari semalam 24 jam..24 jam yang sama, tak lebih mahupun kurang walaupun seminit.
Jadi, salah kita adalah pada pengurusan masa.Kebanyakkan daripada pelajar tidak ada jadual waktu yang kondusif untuk diikuti.Sesetengah pelajar terlalu memfokuskan terhadap pelajaran sehingga tiada waktu untuk beriadah.Oleh itu, otak terlalu penat untuk menghadam segala ilmu dan badan terlalu letih dengan aktiviti seharian yang bermula seawal 6.00 pagi sehingga lewat malam.Pelajar seharusnya memperuntukkan waktu untuk menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga mahupun sahabat handai.Tanpanya, lahirlah pelajar yang hanya mempunyai ilmu tapi tidak mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik.
Konklusinya, jadilah pelajar yang bijak membahagikan waktu untuk belajar dan beriadah agar kita mampu menjadi mahasiswa mahasiswi yang seimbang dari segi rohani,intelek, jasmani mahupun emosi.
No comments:
Post a Comment