Thursday, 24 March 2016
LEMAU
Disebabkan semua orang lemau dalam kelas minggu lepas makan, dapatla tajuk blog minggu ni LEMAU.Hmmm..nak taip pun lemau ni..Astagfirullah...
Back to the topic...
LEMAU...
Langkah diatur satu tapak demi satu tapak,
Agar tidak terjatuh dek tersadung akar pokok yang berselirat,
Aku perlu terus melangkah untuk mencapai puncak yang hebat,
Bagi membuktikkan diri ini bukanlah mudah lemah semangat.
Dalam pada aku melangkah terus mara kehadapan,
Kadang-kala aku menoleh ke belakang,
Melihat seorang demi seorang sahabat masih lagi diberi kudrat untuk meneruskan,
Walaupun tercunggap-cunggap nafas cuba dilepaskan.
Pada mulanya,
Ia sekadar angan-angan yang mengisi kekosongan minda,
Namun, apabila diri yang ego sudah berjaya dipujuk oleh mereka,
Aku yang terlebih riang dan terus membuat persiapan berbanding mereka.
"Sikit saja lagi kita nak sampai puncak"
Jerit salah seorang daripada kami,
Aku semakin bersemangat untuk terus mengerah segala kudrat yang ada,
Puncak itu perlu aku tawan dengan apa saja cara sekalipum,
Aku boleh, Aku mampu monolog aku bersendirian
Allahamdulillah,
Akhirnya aku berjaya sampai ke puncak,
Melihat akan indahnya alam ciptaan Tuhan menjadikan aku syukur atas nikmat kurniaan,
Melihat akan besarnya hasil ciptaan Tuhan aku menjadikan hanyalah sekadar insan kerdil yang dilahirkan.
Namun kini,
Usiaku menginjak ke fasa baru dalam sebuah kehidupan,
Aku tidak lagi mampu menawan mana-mana puncak yang jadi bahan bualan,
Kerana aku,
Kerana aku,
Sudah mula lemah dan semakin lemah dan akhirnya aku LEMAU lalu lemas.
Wednesday, 23 March 2016
JAM
Bismillahirrahmanirrahim.....
Kalau kita bercakap pasal jam mesti sel-sel otak kita terus berhubung dan mengaitkannya dengan masa dan ketepatan.
Semua orang sedar betapa pentingnya setiap saat, minit mahupun jam dalam kehiduapan seharian, tetapi tidak semua orang mengimplimentasikannya.Sebagai contoh, sebagai mahasiswa/i sedar kelas bermula pukul 8 pagi (tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati) dan sepatutnya perlu berada didalam kelas 10 minit sebelum aktivit pengajaran dan pembelajaran.Tapi, pukul 7.50 pagi baru nak gerak kelas??Memang tak sempat la nak sampai kelas on-time walapun kolej depan fakulti je pun.
Kita sebagai mahasiswa/i kene ingat, keberkatan setiap ilmu yang diperolehi daripada seorang pendidik itu sangat penting.Apa guna dapat 4 flat setiap sem tapi lecturer tak pernah memberkati ilmunya.Mungkin sekarang xnampak lagi.Tengoklah masa kerja nanti..
Kita boleh pegi sejauh mana yang kita nak..tapi ingat...setiap perjalanan tanpa keberkatan itu tiada nilai yang boleh dibanggakan.

Tuesday, 15 March 2016
PENAT
Jujur,
Aku penat,
Bila orang ambik kesempatan atas aku,
Tapi aku diamkan,
Sampai satu saat,
Aku sakit,
Aku menangis.
Ada yang berpesan,
Jangan jadi baik sangat,
Nanti orang senang memijak.
Tapi,
Aku sayang persahabatan kita,
Tapi bagi kau,
Aku hanyalah sekadar boneka,
Yang bila kau sedih pandai kau cari,
Bila kau senang kan campak sana sini.
Maaf,
Persahabatan kita hanya setakat ini,
Carilah mereka yang lebih baik daripada aku,
Yang katanya amat memahami dirimu daripada aku,
Yang katanya sanggup berkorban apa saja untukmu.
Aku ingin melihat,
Sejauh mana persahabatan itu engkau mampu bawa,
Andai sikapmu yang terus menyakiti mana-mana jiwa,
Kita sama-sama lihat dimana pengakhirannya.
PASRAH
Ok..minggu ni dapat tajuk PASRAH…hmmm..firstly, pasrah tu ape ea? Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pasrah bermaksud menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.Contoh yang paling dekat dengan kita sebagai student adalah pasrah bila dah berjaya jawab semua paper exam.
Tapi,
konsep tu kita salah guna.Yeke??Kalau tak percaya cuba cermin diri balik.Mase
dapat result exam yang tak elok kita redha ke kurung dalam bilik menangis??Hmmm..mesti
yang kedua tu kan??
Sebab
tu kita kene betul-betul faham pasrah ni.Pasrah is bila kita dah usaha sehabis
mungkin, pulun tiap-tiap hari study tapi jangan sampai ibadah sebab ianya tetap priority
utama.Then, bila masuk dewan peperiksaan jawab dengan sebaik mungkin dan
sentiasa meminta pertolongan Allah seandainya tengah-tengah exam tiba-tiba blur
tak tahu yang nak ditulis.Last but not least, apa pun result yang kita dapat
nanti, redha sebab Allah bagi apa yang kita patut dapat bukan apa yang kita
nak.Ingat, buat apa dapat markah setinggi gunung andai akhlak serendah tanah.
So,
pasrah je dengan setiap apa yang Allah telah rencanakan.
Tuesday, 8 March 2016
JATUH
Gedebukkk
aku jatuh….Jatuh depan orang ramai pulak tu..malu weiii!!!
Itu
perjalanan hidup manusia.Kadang-kadang kita jatuh kadang-kadang kita
bangkit.Kadang-kadang kita kat atas kadang-kadang kita kat bawah..Banyaknya
lahai kadang-kadang. Tapi itulah hakikat dan lumrah sebuah kehidupan.Tiada
siapa yang menginginkannya tetapi itulah kekuasaan Yang Maha Esa.
Ramai
orang yang mengeluh apabila diberi ujian mahupun dugaan.Tapi sedikit sekali
yang mengambil hikmah atas dugaan yang diberikan.Firman Allah dalam Surah
Al-Baqarah 2:155 “Wahai orang-orang yang bersabarlah kamu dan kuatkanlah
kesabaranmu itu”.
Maka,
tanamlah sifat kesabaran yang tinggi itu dalam diri agar memperolehi redha
Ilahi.Sebaik-baik manusia adalah manusia yang sabar ketika diuji dan diam
ketika marah.
LESU
Lesu...Lesu...Lesu
Itulah 'zikir' pelajar.Masuk kelas je tak bermaya.Katanya penat semalam masih berbaki.Hmmm..tapi tengok student lain boleh je "active" dalam kelas.Malah, apabila disoal oleh lecturer mampu menjawab dengan baik setiap persoalan yang diajukan.Jadi kat mana salah kita ni yang selalu lesu dalam kelas? Semua orang diberikan sehari semalam 24 jam..24 jam yang sama, tak lebih mahupun kurang walaupun seminit.
Jadi, salah kita adalah pada pengurusan masa.Kebanyakkan daripada pelajar tidak ada jadual waktu yang kondusif untuk diikuti.Sesetengah pelajar terlalu memfokuskan terhadap pelajaran sehingga tiada waktu untuk beriadah.Oleh itu, otak terlalu penat untuk menghadam segala ilmu dan badan terlalu letih dengan aktiviti seharian yang bermula seawal 6.00 pagi sehingga lewat malam.Pelajar seharusnya memperuntukkan waktu untuk menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga mahupun sahabat handai.Tanpanya, lahirlah pelajar yang hanya mempunyai ilmu tapi tidak mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik.
Konklusinya, jadilah pelajar yang bijak membahagikan waktu untuk belajar dan beriadah agar kita mampu menjadi mahasiswa mahasiswi yang seimbang dari segi rohani,intelek, jasmani mahupun emosi.

Wednesday, 2 March 2016
HADIAH
Bagi setiap orang HADIAH itu
mempunyai definisi yang tersendiri.Bagi aku, hadiah itu apa sahaja yang
diberikan oleh seseorang tanpa mengira apa sahaja nilai barang tersebut.Bagi
sesetengah orang nilai hadiah tersebut memainkan peranan.Sebagai contoh, lebih
mahal hadiah tersebut maka ianya akan lebih dihargai dan dijaga dengan baik.
Jika
ditanya jumlah hadiah yang aku pernah perolehi, adalah , tidak banyak tapi aku
bersyukur dapat hadiah daripada sahabat yang aku kenali sama ada di laman
sosial mahupun mereka mengenali diriku dan tidak terkecuali daripada ibu bapa.Alhamdulillah.Tapi,
aku lebih suka jika ada sahabat memberi hadiah kepadaku tanpa wujud figura itu
iaitu menDOAkan dalam aku tidak mengetahuinya.Mereka ini sentiasa mendoakan
kejayaanku didunia juga akhirat dan juga yang setia menyelitkan namaku dalam
doa mereka.Mudah-mudahan.
AKU
Aku bukanlah seperti orang lain
yang mana dibelai dengan penuh kasih sayang juga kekayaan yang tidak habis
tujuh keturunan.Tapi, aku hanyalah seorang anak kampung yang dilahirkan dalam
keluarga yang cukup sederhana.Makan dan pakai apa yang ada.Ayahku pula seorang
yang tegas bertentangan dengan ibuku yang amat penyayang.
Di
sekolah pula, aku berada dikelas pertama bersama-sama sahabat yang lain. Tapi
aku disisihkan kerana aku miskin dan hanya beberapa orang yang setia berkawan
denganku.Tahun ini amat penting buatku kerana bakal menghadapi UPSR yang
tinggal hanya beberapa bulan lagi.Teringat pesanan guru kesayanganku “Kita akan
dipandang hina bukan kerana miskin tetapi kerana tiada ILMU”. Dengan semangat
yang kental, aku akan buktikan aku mampu berjaya dengan cemerlang seperti orang
lain.Inshaa-Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)