Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Kejayaan.. ramai diantara kita yang menginginkan kejayaan..
kerana kejayaan ini adalah hadiah yang terbesar bagi ibu bapa kita.. mana
tidaknya, mereka membanting tulang siang dan malam demi menyara sebuah keluarga,
memberi pendidikan kepada anak-anak, mengajar erti sebuah kehidupan yang
sebenar yang tidak akan diperoleh dari mana-mana buku yang dijual dipasaran.
Dalam kesibukkan kita seharian, kadang-kadang terlepas
pandang untuk menelefon ibu dan ayah di kampung halaman.. si ibu dan si ayah
pula tidak menelefon anak-anak takut mereka terganggu dengan pelajaran.. si ibu dan si ayah menanggung kerinduan
terhadaap anak-anak yang jauh daripada mata mereka. Dahulu, makan bersuap
dengan tangan si ibu, pergi ke sekolah memeluk belakang ayah.. Kini, semua
berubah…Tetapi ingatlah, kejayaan itu hadir daripada doa ibu bapa kita.. jika
dibandingkan dengan usaha kita, maka kejayaan itu mungkin tidak berpihak pada
kita.. hanya doa ibu bapa yang tidak ada hijab antara langit dan bumi.
Wallahua’lam…
No comments:
Post a Comment