Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Bercerita mengenai kehidupan semua orang mempunyai definisi tersendiri.Ada yang mengdefinisikan kehidupan sebagai satu putaran hidup ada juga yang memberi definisi kehidupan sebagai seorang musafir yang sedang mencari bekalan.
Hidup ini adakala kita diatas adakala kita dibawah.Kadang-kadang kita terlalu gembira berada diatas sehingga lupa yang kita terlebih dahulu berada diabawah. Sehinggakan dengan kedudukan tersebut kita dapat mencaci mereka yang dibawah.
Jangan terlalu yakin apabila kita berada diatas kerana bila-bila sahaja Allah boleh meletakkan kita dibawah dengan kuasaNya.Apabila Allah berkata “Kun Fayakun” maka jadilah ia. Hidup ini hanya sementara, tidak perlu membongkak dengan apa yang ada.
Andai kita berada dibawah, berusahalah untuk ubah kehidupan kita yang sekarang. Sampai bila kita hanya menyalahkan takdir atas ketentuan hidup ini. Sedangkan Allah ada berfirman yang bermaksud
“ Aku tidak mengubah nasib sesebuah kaum melainkan mereka mengubah dirinya sendiri” Surah Ar-Rad:11
Kadang-kala kita merasakan kehidupan ini terlalu sukar untuk dihadapi tetapi Allah telah memilih kita untuk menjalaninya.Maka, teruslah tabah menghadapi liku-liku kehidupan sehingga hembusan nafas yang terakhir.
No comments:
Post a Comment