Sunday, 5 June 2016

RAMADHAN

Bismillahirrahmannirahim
Assalamualaikum w.b.t 
💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐
Ramadhan sudah tiba,
Jiwa dan raga sudah siap siaga,
Demi menempuh ujian dibulan mulia,
Semoga amal ibadat juga berlipat  kali ganda.
💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐
Sempena kehadiran bulan mulia Ramadhan al-Mubarak Inshaa Allah yang akan bermula maghrib ini, saya Nur Safriani Bt Yunus @ saf ingin memohon seribu kemaafan andai diri ini ada terkasar bahasa, terguris mana-mana hati, atau mana-mana perilaku diri ini yang menyakitkan hati saudari.
Moga Ramadhan kali ini memberi seribu satu makna untuk difahami disamping amal ibadat yang perlu ditingkatkan hari demi hari..
💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐
Marhaban Ya Ramadhan 💕
Marhaban Ya Ramadhan 💕
Marhaban Ya Ramadhan 💕

Saturday, 4 June 2016

NOKTAH


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Noktah bermaksud sebuah penamat. Kalau sebuah novel noktah tu bermaksud penamat sebuah cerita. Tidak siapa suka sebuah noktah kerana kebanyakkan noktah akan berakhir dengan kesedihan. Contohnya kehidupan kita sebagai manusia, kematian merupakan noktah buat diri kita. Dan kerana noktah, kesedihan bakal menyelubungi seluruh ahli keluarga.

Tetapi, percayalah noktah itu juga ada hikmahnya. Sebalik sebuah noktah terdapat seribu satu kenangan yang tersimpan rapi. Biarkan kenangan itu yang menjadi peneman buat meneruskan hari-hari. Noktah itu juga menandakan kita perlu kembali mula pada petak mula.
Andai permulaan sebelum ni tidak dirancang rapi, maka rancanganlah permulaan kali ini dengan sebaik-baiknya. Agar noktah kali ini memberi memori terindah buat diri dan noktah sebelum ini menjadi kenangan atas kesilapan diri.

Monday, 30 May 2016

IBU AYAH

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Kejayaan.. ramai diantara kita yang menginginkan kejayaan.. kerana kejayaan ini adalah hadiah yang terbesar bagi ibu bapa kita.. mana tidaknya, mereka membanting tulang siang dan malam demi menyara sebuah keluarga, memberi pendidikan kepada anak-anak, mengajar erti sebuah kehidupan yang sebenar yang tidak akan diperoleh dari mana-mana buku yang dijual dipasaran.

Dalam kesibukkan kita seharian, kadang-kadang terlepas pandang untuk menelefon ibu dan ayah di kampung halaman.. si ibu dan si ayah pula tidak menelefon anak-anak takut mereka terganggu dengan pelajaran..  si ibu dan si ayah menanggung kerinduan terhadaap anak-anak yang jauh daripada mata mereka. Dahulu, makan bersuap dengan tangan si ibu, pergi ke sekolah memeluk belakang ayah.. Kini, semua berubah…Tetapi ingatlah, kejayaan itu hadir daripada doa ibu bapa kita.. jika dibandingkan dengan usaha kita, maka kejayaan itu mungkin tidak berpihak pada kita.. hanya doa ibu bapa yang tidak ada hijab antara langit dan bumi.


Wallahua’lam…